Maklumat dan Soalan Lazim tentang Pusat Respons Scam Kebangsaan
Sepertimana yang telah diumumkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 14 Oktober 2022, Pusat Respons Scam Kebangsaan (National Scam Response Centre, NSRC) telah ditubuhkan sebagai pusat operasi untuk menyelaraskan tindak balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian. Tindak balas ini termasuk pengesanan dana yang dicuri secara lebih cepat dan pengambilan tindakan penguatkuasaan terhadap penjenayah.
NSRC merupakan usaha sama antara Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (National Anti-Financial Crime Centre, NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta institusi kewangan dan industri telekomunikasi. NSRC menghimpunkan sumber dan kepakaran daripada kesemua pihak ini bagi membanteras penipuan kewangan dengan lebih cepat dan berkesan.
Sumber: Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional
Ini bukan portal rasmi! Mangsa scam? Sila hubingi hotline NSRC di talian 997